Wednesday, May 28, 2014

BORANG KEAHLIAN NISA' PERLIS

Sila ke link berikut untuk mendaftar keahlian Nisa' Perlis secara online!

https://docs.google.com/forms/d/1bZ9M9griWCHyWZoaF2hdUhe0CuzVFHZon31GASxv51A/viewform?usp=send_form

Monday, October 28, 2013

Program Cuti Sekolah Bersama NEC !

KELAS INTENSIF HAFAZAN SURAH-SURAH PILIHAN & PENGUKUHAN (MEMBACA DAN MENULIS) JAWI.
TERBUKA KEPADA 7—12 tahun sahaja (lelaki dan perempuan)
~Alternatif program yang bermanfaat untuk anak-anak pada cuti sekolah. Memberikan sumbangan tenaga dalam memastikan generasi muda disuburkan dengan Al-Quran dan Jawi.

OBJEKTIF
1. Peserta boleh menghafal sekurang-kurangnya 10 surah daripada Juz Amma bagi setiap sesi.
2. Peserta boleh mengukuhkan lagi pemahaman dan pengukuhan tulisan Jawi.
3. Peserta boleh melazimi solat sunat dan fardhu serta bi’ah solehah sepanjang program

yuran:
~utk seorang peserta: RM80(1sesi)/ RM150(2 sesi)/ RM220(3 sesi)/ RM280(4 sesi)
~utk 2 orang atau berkumpulan: RM70(1sesi)/ RM140(2 sesi)/ RM210(3 sesi)/ RM270(4 sesi)


Nisa' Back To School

Inshallah..dalam bulan Disember nanti Nisa' Malaysia akan turun ke negeri-negeri sebelah utara untuk program Nisa' Back To School.. Antara negeri-negeri yang  terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Inshallah juga seramai 50 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada anak yatim dan faqir miskin akan kami pilih untuk menyertai program ini.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan, anda bolehlah hubungi wakil di Nisa' Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan juga Nisa' Malaysia..


Wednesday, September 25, 2013

KISAH BIAWAK YANG BERIMAN

Kisah ini pernah ditulis oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (1) iaitu kerana rezeki, masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.


Dhab

"Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi s.a.w. maka dia terus mendekati Nabi s.a.w. lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi s.a.w. kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi s.a.w.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasy-Nya, di bumi itu kekuasaan-Nnya, dan di lautan itu jalan-Nya dan di syurga itu rahmat-Nnya dan dalam neraka itu azab-Nya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah s.a.w. bahkan menyokong perjuangan Nabi s.a.w. Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah s.a.w. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah s.a.w.

kredit : link

TABARRUJ

Apa itu tabarruj?
- menzahirkan perhiasan, mencantikkan lagi kecantikan asli wanita, berwangian (yg berlebihan) dan lenggok ketika berjalan (secara mengada-ngada).
- Tabarruj mempunyai pelbagai sudut, tidaklah hanya mereka yg membuka aurat dianggap bertabarruj, bahkan mereka yg berpakaian menutup ttp tidak mengikut syarat hijab yg syar'ie juga dianggap bertabarruj.

Hukum tabarruj.
- tabarruj adalah dosa besar
" Dua golongan dari ahli neraka aku tidak akan melihat mereka; satu kaum yg bersama mereka cemeti spt ekor lembu, mereka memukul manusia dgnya (yakni org yg berkuasa dan menyeksa manusia sewenang-wenangnya) dan wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang, langkah jalan mereka berlenggang-lenggok, manakala rambut mereka bagaikan bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan mereka tidak dapat mencium bauan syurga, sedangkan wangian syurga itu dapat dihidu dalam jarak yang jauh" (Hadis riwayat Muslim)

Ini bukan hijab!
Berpakaian ketat, menampakkan bentuk badan, berwangian berlebihan dan sebagainya merupakan pembuka jalan kepada tabarruj.

Tabarruj terbahagi kpd dua:
1. tabarruj yg jelas - berpakaia tidak menutup aurat, mencukur bulu kening, menghias wajah secara berlebihan dsb.
2. tabarruj kurang jelas /moden - wanita muslimah memakai tudung dlm bentuk moden ttp bertentangan dgn hijab yg memenuhi piawaian 'patuh syariat'.

Nabi melaknat mereka yg bertabarruj di kalangan ummatnya.


TENTANG HIJAB

APA ITU HIJAB?
Dari segi bahasa Arab, hijab membawa erti "halangan untuk sampai" - al man'u minal wushul' - itulah sebabnya dlm penggunaan bahasa Arab, perkara yg menutup atau menghalang pandangan antara dua pihak dipanggil sbg hijab. Atas makna bahasa itulah, makanya pakaian yg menutup aurat wanita dipanggil hijab kerana ia menghalang pandangan orang lain dari melihatnya.

Pemahaman hijab menurut syara' ialah "penutupan anggota badan wanita muslimah dari pandangan lelaki yang bukan mahram."


SYARAT HIJAB SYARIE
1. Menutup eluruh anggota badan kecuali tangan dan muka.
"Wahai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan seluruh wanita yg beriman untuk memanjangkan jilbabnya (pakaian yg dapat menutup kepala sehingga ke dada) keseluruh tubuh mereka, yg demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

2. Jangan jadikan hijab itu sendiri sbg perhiasan.
Berkata Imam Az Zahabi "Dan di antara perbuatan yg dilaknat oleh Allah adalah wanita yg menzahirkan perhiasan diri mereka, dan mereka berwangian yg berlebihan apabila mereka keluar dari rumah, dan juga mereka berpakaian dgn kain-kain yg nipis serta sengaja memanjangkan pakaian utk menarik perhatian, ini semua termasuk tabarruj yg dimurkai oleh Allah ke atas pelakunya di dunia dan di akhirat."

3. Pakaian itu hendaklah longgar dan tidak ketat.
Usamah bin Zaid berkata : Baginda ar Rasul telah menghadiahkan kpd aku sejenis pakaian yg bernama qibtiyyah yg dihadiahkan kpd baginda oleh Dihyah, laluaku memberikannya kpd isteriku, (satu hari) Nabi bertanya "Kenapa kamu tidak memakai qibtiyyah?" aku menjawab "Aku telah memberi kpd isteriku", lalu baginda bersabda "Arahkan supaya isterimu memakai pakaian dalam krn aku takut akan menampakkan saiz tulangnya (badannya). Dari hadith ini menampakkan baginda amat menitik beratkan persoalan longgar dan tidak ketat, pakaian qibtiyyah ini dari jenis yg melekat ke badan yg pasti akan menyebabkan mereka yg melihat akan nampak dgn jelas akan saiz badan pemakainya.

4. Hendaklah pakaian itu tebal.
Imam 'Abd Barr berkata: "Baginda Rasulullah bermaksud tentang wanita - dlm hadith ini - sbg wanita yg memakai pakaian yg nipis, kadang-kadang bentuk rupa pakaian itu spt berhijab, namun hakikatnya mereka bertelanjang".

5. Janganlah berwangian (secara berlebihan) ketika berhijab.
"Mana-mana wanita yg berwangian (secara berlebihan) lalu ia berjalan di hadapan satu kumpulan,dan mereka dpt mencium wangiannya, maka (wanita tersebut) telah berzina)".

6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ar Rasul menegaskan : "Bukan dari kalangan kami wanita yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai wanita".

7. Tidak menyerupai pakaian org kafir.
Nabi SAW menegaskan "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka".

8. Tidak memakai pakaian syuhrah (dgn tujuan utk berbangga dan menarik perhatian).
Baginda ar Raul bersabda "Sesiapa yg memakai pakaian syuhrah di dunia, Allah akan memakaikannya dgn pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian dia akan dilemparkan ke dalam neraka".

Share It