Sunday, February 19, 2012

SEDIKIT MENGENAI MAQASID SYARIAH

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid syariah merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum.

Terdapat 5 perkara asas dalam maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini. 
1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)

Susunan dalam maqasid syariah ini adalah mengikut tertib keutamaannya bagi memelihara setiap satu darinya, maka setiap yang memegangnya pula haruslah mengikut tertib ini.

Pertama, memelihara agama - merupakan perkara asas dan paling utama untuk didahulukan. Bagi setiap perkara, perkara hal agama diberi keutamaan kerana tujuan kita diatas muka bumi ini tidak lain adalah sebagai khalifah yang membawa agama Islam untuk disuburkan di atas muka bumi ini.

Keduanya, memelihara nyawa - Sebagai memelihara agama, harus bagi seorang yang bernama pejuang itu mengorbankan nyawanya untuk menegakkan dan meninggikan kalimat Allah. dan sebagai seorang pejuang agama juga, syahid merupakan cita-cita tertinggi, persis perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Ketiga, memelihara akal - untuk menjaga nyawa, dalam sesuatu keadaan (darurat) haruslah bagi seseorang itu untuk mengorbankan akalnya supaya tidak terkeliru.

Keempat pula, memelihara keturunan - bagi sesetengah hal, dibolehkan untuk mengorbankan keturunan demi menyelamatkan akal.

Kelima, memelihara harta - harta  merupakan peringkat terendah yang paling perlu dikorbankan untuk memelihara keturunan secara umumnya, dan dalam menegakkan dan memelihara agama.

Kelima-lima asas ini tertegak untuk memelihara antara satu sama lain. Tujuan utamanya hanyalah satu, untuk memastikan hukum Allah tertegak diatas bumi ini. Dalam maqasid syariah ini juga kita perlu beri keutamaan pada seseorang yang lebih baik dan lebih mampu (dalam hal memimpin). Setiap pejuang yang membawa agama Islam sebagai dasarnya haruslah menjaga tartib  dalam maqasid syariah ini, dan haruslah berpegang bahawa matlamat utama dalam maqasid syariah ini adalah semata-mata untuk meninggikan Islam, dan kalimat-kalimat Allah..


Semoga Islam Kan Terus Subur Di Bumi Ku, Malaysia...

1 comment:

Anonymous said...

Geng Maqasid Iqbal Jundullah