Alhamdulillah, cuti sekolah datang lagi.. apa perancangan sahabat2 semua? Ada yang akan mendirikan rumah tangga time2 cuti ni? Selalunya, musim cuti sekolah nilah ramai yang ambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga..
Seronoknya bagi keluarga dan pengantin2 yang bakal berumahtanggakan. Tapi ingat, jangan sampai majlis kita itu menjadi majlis yang dilaknat Allah. Berbelanjalah tapi jangan sampai berlebihan. Allah kan tidak suka pada pembaziran dan pemborosan.
Peringatn juga untuk pengantin wanita, janganlah dijadikan hari ini sebagao hari untuk kita menempah dosa pula.. Jauhilah bertabarruj dalam mengenakan busana pengantin. Jika dilihat rata-rata pengantin hari ini suka bermekap secara berlebihan adakalanya sehingga menyambung rambut dan bulu mata, tak kurang juga yang mencukur bulu kening, kononya untuk tampak lebih cantik dari hari2 biasa.
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu: Rasulullah s.a.w menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]
Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya. Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Oleh itu, berhati-hatilah bakal2 pengantin wanita semua, carilah barakah dalam majlis kita, dan janganlah sehingga melakukan perkara yang tidak disukai Allah.. Bersederhanalah, kerana itu lebih baik.
Monday, March 12, 2012
SEHARI BERSAMA CATRIONA ROSS
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, telah berakhir satu lagi program 'mega' Nisa' Perlis - Nisa' Talk Show-Segalanya bermula dengan cinta bersama Catriona Ross.
Siapa yang tidak kenal dengan Catriona Ross, atau mesranya dipanggil Cat. Alhamdulillah, pertama kali berjumpanya terasa sejuk mata memandang dengan perwatakan lembut yang dibawanya. Saya memang cukup meminati kak Cat, sejak mula beliau terlibat dalam industri hiburan lagi. Alhamdulillah, Allah telah memilihnya untuk menerima hidayah. Mendengarkan kisah kak Cat tempoh hari cukup menjadikan hati2 hadirin sebak. Alangkah indahnya hidayah Allah..
Program disusun dengan rapi dan mendapat sambutan yang cukup baik. Di Masjid MATIN, ruang solat penuh hingga ke belakang dengan hadirin muslimat yang datang dari pelbagai sudut negeri Perlis. Bukan selalu nak jumpa artis ni. Hadirin semua tampak khusyuk bila mendengar kak Cat bercerita. Gelagat lakon semula oleh kak Cat juga turut menjadikan hadirin semua terhibur. Selepas habis program Talk Show di MATIN, malamnya kami mengadakan Dinner tertutup bersama-sama kak Cat di Sri Malaysia Hotel.
ALhamdulillah, feedback yang Nisa' Perlis terima dari program ini cukup memberangsangkan. Ramai yang meminta untuk diadakan program2 sebegini lagi di masa hadapan. Well, mungkin lepas ni boleh jemput artis2 lain yang telah berhijrah ke Perlis lagi, atau mungkin lepas ni boleh lagi berprogram bersama-sama kak Cat. InshaAllah..
Sedikit memori bersama kak Cat sepanjang berprogram bersama beliau :)

seronoknya tengok masjid ni penuh
booth jualan Nisa' penuh sesak
seronok dengar kak Cat bercerita
sehabis program, semua menyerbu untuk bergambar dengan kak Cat
mama - Puan Latifah Mat
antara hadiah cabutan bertuah :)
bersama urusetia yang telah menjayakan program
Talk Show bersama Catriona dan Mama
aksi lakon semula oleh kak Cat
ni sebahagian gambar2 yang dapat dimuatkan di sini.. untuk gambar2 selanjutnya blehlah melayari facebook Nisa' Perlis..
Subscribe to:
Posts (Atom)