Monday, August 9, 2010
Teambuilding Nisa' Perlis 2010
Sememangnya terdapat pelbagai kekurangan dalam Teambuilding kali ini, tetapi, segala kekurangan itu dapat di atasi dengan kesungguhan pengurusan teambuilding yang menyediakan pelbagai alternatif di tambah pula dengan kehadiran para pesertanya yang cukup bersemangat dan 'sporting'.
Dimulakan majlis malam itu dengan slot 'Icebreaking' yang di conduct oleh Che Pah, para peserta mula bertaaruf dalam halaqah. Peserta semua di minta untuk memperkenalkan nama dengan gaya tersendiri, dan peserta yang lain akan membalas dengan memanggil namanya, dengan meniru gayanya. Memang menghiburkan kerana pelbagai aksi yang para peserta pamerkan dan ke'sporting'an setiap peserta pada malam itu telah manambahkan lagi kemesraan dikalangan kami semua. Selepas sesi taaruf, suatu permainan 'keboom kecaca' pula mengambil tempat. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan setiap kumpulan dimestikan untuk bermain 'keboom kecaca' mengikut watak-watak yang diberikan. Sememangnya tidak kering gusi melihat keletah setiap peserta dengan aksi mereka yang pelbagai tu.
Selepas slot Icebreaking, para peserta di'top up' dengan tazkiran pembukaan oleh Ustaz Yaakob Abu Seman. Antara pesanan ustaz, beliau meminta agar Nisa' dapat menjadi satu badan yang menyediakan pelbagai alternatif mengikut aliran kehendak muda-mudi hari ini dalam usaha menyeru umat manusia kembali beriman kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Nisa' juga dilihat sebagai suatu platform untuk melaksanakan aspirasi masyarakat melalui program-program yang di adakan. Beliau juga mensasarkan agar Nisa' menjadi tempat tumpuan bagi golongan remaja wanita. Selain itu, beliau juga menasihatkan agar penggerak Nisa' tidak merasa bimbang andai terbuat sesuatu kesalahan, kerana melalui kesalahan itulah kita mampu untuk belajar dengan lebih baik lagi dan mengadakan muhasabah diri dengan lebih kerap.
Antara lain pesanan dari Ustaz yang sempat dirakamkan ialah pertamanya menyediakan pelapis di masa hadapan yang mampu menyampaikan imej yang baik kepada masyarakat dengan suatu pegangan fikrah yang jelas. Keduanya, beliau meminta agar setiap program Nisa' mampu untuk menyampaikan hasrat kita yang sebenarnya kepada masyarakat. Ini kerana melalui aktiviti-aktiviti ini sahajalah kita mampu untuk mendekati masyarakat khususnya golongan muda. Ketiganya berkenaan dengan penguasaan ilmu pengetahuan. Setiap penggerak Nisa' seharusnyalah menjadikan ilmu itu suatu budaya agar kita dapat menguasai masyarakat bukan hanya dengan cakap kosong, tetapi dengan ilmu yang benar. Oleh itu, Nisa' diseru agar mengadakan pelbagai program pemantapan ilmu kepada ahli-ahlinya. Keempat dan yang terakhir ustaz Yaakob berharap agar Nisa' dapat membina ahli yang aktif dan mampu berhujah secara spontan sebagai pelapis kepada gerakan. Sangat susah sebenarnya untuk mencapai matlamat ini, tetapi kita yakin bahawa perkara ini bukanlah suatu yang mustahil kerana bagi Allah, tiada yang mustahil.
Seterusnya, program diteruskan pula dengan slot Halatuju Nisa' yang dikendalikan oleh Pengarah Nisa' Perlis bersama setiausahanya. Slot ini membincangkan kedudukan Nisa' sebenarnya dan halatujunya di masa hadapan.
Program malam itu berakhir dengan bacaan al-Mulk di dalam halaqah.
Hari kedua..
Peserta semua di bangunkan seawal 5 pagi untuk berqiamullail. Selepas sarapan pagi, masing-masing mengambil tempat untuk sama-sama bersenam 'Demi Matahari'. Kemudian, tepat jam 9.00 pagi sekali lagi peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jawatan di dalam negeri dan kawasan bagi menjayakan aktiviti slot 'My Project'. Setiap kumpulan di berikan masa sehingga jam 11 pagi untuk menyiapkan plan perancangan dan kertas kerja bagi setiap unit-unit di dalam Nisa'. ALhamdulillah, setiap peserta memberikan komitment yang jitu. Malahan bilangan peserta pada hari kedua juga bertambah. Sesudah merancang, unit-unit diminta pula untuk membentangkan hasil perancangan tersebut. Di bawah setiap unit, terdapat sekurang-kurang satu atau dua program yang di susun sehingga tahun hadapan.
Kemudian, habis sahaja sesi pembentangan peserta berkumpul semula untuk slot ukhwah. Dalam slot tersebut, terdapat beberapa modul permainan di dalam kumpulan yang di laksanakan. Dan setiap aktiviti tersebut alhamdulillah, dapat dihadam dengan baik oleh para peserta. Main, main jugak. Tapi apabila waktu solat, semuanya berjemaah. Itulah yang paling dititik beratkan dalam setiap program-program Nisa'.
Petang pun tiba, dan masa untuk pulang dinanti penuh debar. Mana taknya. Program yang sepatutnya berakhir malam, dapat dihabiskan sehingga petang tersebut. Sebelum program berakhir, sekali lagi para peserta di'jamu' dengan taujihat daripada Ustazah Norseri. Suatu taujihat yang sangat bermakna bagi semua peserta. Kehadiran ustazah sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap penggerak Nisa' yang sememangnya dahagakan kata-kata pembakar semangat perjuangan dalam medan dakwah ini. Taujihat dari ustazah sememangnya telah menjelaskan lagi kedudukan perjuangan dalam Nisa' itu sendiri. Apa 'stand' Nisa' dalam medan ini, bagaimana berhadapan dengan cabaran-cabaran masa kini dan status gerakerja Nisa' itu sendiri, letaknya di mana. ANdai semua hadirin dapat menghadam dengan baik setiap bait-bait kata-kata ustazah, mereka pastinya tidak akan berpaling pada yang lain, kerana perjuangan yang dibawakan Nisa' bukanlah sekadar untuk pembentukan diri semata-mata, bahkan untuk kelangsungan hidup bermasyarakat dan asas bagi pembinaan sesebuah negara Islam itu sendiri.
Program berakhir petang itu dengan halaqah wida'. Semua peserta bersalam-salaman buat terakhir kalinya di dalam dewan tersebut. Alhamdulillah, program ini bermula lancar dan akhirnya juga baik sekali. Walaupun terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program hingga ke akhirnya. Alhamdulillah, melalui program kali ini, banyak perkara dapat dijimatkan, dari segi masa, wang dan tenaga. Selain itu, program ini juga telah membuka lembaran baru buat beberapa sahabat yang turut sama dalam menjayakannya walhal mereka ini sangat baru di dalam Nisa' sendiri.
Untuk melihat gambar lagi, silalah ke facebook Nisa' Perlis ^ ^
JOM BERSAMA NISA' PERLIS SEMPENA RAMADHAN INI !!
2. Kenali Ramadhan itu sebaiknya melalui Al Quran & As Sunnah. Ingat sahabat sekalian,Ramadhan bukan hanya bln PUASA.
3. Jangan ulangi kesilapan Ramadhan yg lalu. Cth;tak budayakan Al Quran,byk tidur dll.
4. Sabda Rasulullah saw : Celakalah org yg gagal mendapat keampunan Allah setelah Ramadhan berlalu pergi.
Monday, July 12, 2010
Usrah Nisa' Perlis (Julai 2010)
Tuesday, July 6, 2010
Mesyuarat Team Building Nisa' Perlis 2010
Sunday, June 13, 2010
10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:-
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur untuk kebaikannya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Perempuan yang tidak menutup aurat dan menjaga maruahnya.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
Thursday, June 3, 2010
SEBAB QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG MASA
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله
Sebelum menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelar AL-AMIN, yang artinya terpercaya, tiada pernah berdusta / bohong.
Rasulullah Muhammad SAW pun banyak mempunyai mukjizat nyata dengan izin ALLAH, iaitu:
Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
Anak yang meninggal bangkit hidup kembali...
Menyembuhkan orang buta
Menyembuhkan orang lumpuh
Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
Mengetahui isi hati
Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
Memberi minum beribu orang dengan sikit air
Mengeluarkan air ditengah padang gurun
Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki
Membelah bulan menjadi 2 bagian
Dan ini telah dibuktikan oleh para astronot yg menghabiskan dana ratusan juta dollar
Mengetahui apa yang telah terjadi
Mengetahui apa yang sedang terjadi
Mengetahui apa yang akan terjadi
Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan
Musuh bergetar tak mampu membunuh
Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau
Musuh tak dapat melihat beliau
Tidak dapat dibunuh musuh
Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat Menyebrang laut dengan berkuda saat mengejar musuh Yang lari dengan kapal layar
Terkadang ada muslim yg tak percaya mukjizat ini kerana ia blum pernah membaca hadist shahih bukhori & Shahih Muslim ataupun Shahih Achmad (yang lengkap bukan ringkasan hadist).
Untuk sekedar reference, sila tengok website:
http://id.wikipedia.org/wiki/Mukjizat_Muhammad
Ada orang cakap jika website tak boleh digunakan sebagai reference untok sebuah karya tulis ilmiah, itu ialah benar, tapi macam mana sy nak bagi tunjuk kitab Hadist original setebal itu & tidak 7-8 Seri tapi lebih sedangkan kita diseberang samudra & pulau-pulau?
Tentu cara yg mudah ialah saya bagi website address sebagai reference, jika nak yakin, maka kena tengok kitab hadist yg lengkap & bukan cuma ringkasan.
Padahal mukjizat dalam website di atas cuma sikit sahaja dari Hadist Shohih Bukhori & Shahih Muslim yang sebenar. Jumlahnya cukup ramai menjumpai sekitar lebih dari 300 kisah mukjizat lainnya...
Tapi...
Semua itu telah beralu...
Semua itu tinggal cerita sahaja...
Semua itu hanya dapat kita dengar saja..
Semua itu tidak dapat kita lihat sendiri...
Akan tetapi...Qur'an...
Sebuah buku yang banyak mengandung banyak keajaiban ayat yang baru dapat dibuktikan secara nyata oleh ilmu pengetahuan dan bahkan alat modern tercanggih abad terakhir, telah dinyatakan Qur'an 1400 Tahun yang lalu...
Qur'an...
Ialah mukjizat sepanjang masa...
Di masa sastra,diakui bahwa Qur'an ialah sastra terindah..
Keindahan bahasa & hikmah didalamnya sangat tajam..
Di masa keajaiban, Qur'an ialah keajaiban dari keajaiban...
Dari segi matematika, Qur'an ialah keajaiban matematika
Di masa perang dunia 2,Qur'an telah menulis formula nuklir
Di masa Ilmu pengetahuan, tak satupun dari ayat Qur'an yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan, malah ayat Qur'an menyatakannya secara rinci...
BAHKAN, MASIH BANYAK AYAT QUR'AN YANG BELUM DAPAT DI BUKTIKAN OLEH PENEMUAN TEKHNOLOGI MODERN.
Semua ini masih dapat kita lihat di hadapan kita sendiri...
Sebagai Mukjizat yg hidup...
Sebuah Kitab yg mengaku dari ALLAH, harus berani dihadapkan dengan segala macam soalan, segala zaman, segala segi, segala sisi, dari sudut manapun & harus sepanjang zaman.
Dari segi Sastra, matematika, astronomi, psikology, sains, tata negara, muamalat, ekonomi, Kode-kode angka, jumlah surah, jumlah ayat, jumlah kalimat, jumlah huruf, segala ilmu, segala abad, sejak penciptaan alam semesta, masa lalu, masa kini, masa depan, sehingga masa kiamat & kehidupan setelah kiamat sekalipun
Dan zaman ini ialah zaman ilmu pengetahuan, apakah Qur'an & Alkitab Christian dapat mengikuti perkembangan zaman???
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (QS. 4 An-Nisaa':82)
Itulah sebabnya ramai muslim tak tahu mukjizat nyata menyembuhkan orang lumpuh dan lainnya dari Rasulullah Muhammad SAW kerana ramai kita tak baca hadist secara lengkap.
Dan lagi, itulah mengapa Qur'an disebut sebagai mukjizat terbesar dari Rasulullah Muhammad SAW & Mukjizat sepanjang masa.
Sebuah buku yang diwahyukan kepada Rasul dijaman kuno tanpa tekhnologi yang tidak dapat membaca, ditujukan pada umat yang bisa membaca dan selalu membaca serta terpelajar di akhir masa yang penuh dengan kecanggihan tekhnologi.
Qs. 17 Israa':81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Kita jangan malu dengan fitnah mass media yg mengatakan jika Islam identik dengan Terorist kerana sudah terbukti jika pelaku WTC 9-11 itu bukan Osama atau Muslim manapun, sila layari laman web ini:
http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=photos

