Sunday, May 15, 2011

PERLU MENUTUP AURAT

Banyak sungguh fesyen pakaian yang ada

di pasaran sekarang..

Banyak dan pelbagai..


Tetapi tahukah kita bahawa cara kita berpakaian

tidak semestinya sudah cukup utk berkata

"saya menutup aurat"





Islam, melalui al-Quran telah

memberikan panduan yang khusus dan jelas

mengenai cara yang betul dalam berpakaian

yang menutup aurat..




sebagai pengguna yang bijak,

kita pasti akan memilih barangan yang dibalut kemas dan disimpan elok

di dalam kotak bukan?

kerana kita tahu, balutan yang kemas

serta kotak penyimpanan barang tersebut pasti akan

melindunginya daripada sebarang bentuk ancaman

dan juga kecacatan luaran


jadi bagaimana pula dengan kita?

apakah pilihan kita dalam hal

menjada jasad kita zahir dan batin

adakah 'balutan' ditubuh sekemas yg dikedai?

adakah 'kotak' yang menyimpan diri kita

cukup mampu menjaga kehormatan diri kita?


hmm..



IFTAR JAMAIE NISA' PERLIS KEMBALI LAGI!



INSHALLAH PADA TARIKH YG TERTERA DI DALAM BANNER DI ATAS, NISA PERLIS DIBAWAH UNIT PEMBANGUNAN INSAN INGIN MENJEMPUT SEMUA MUSLIMAT TERUTAMA NISA' UNTUK BERSAMA2 MENGIMARAHKAN LAGI MAJLIS IFTAR KITA..


SEMOGA PERTEMUAN INI MENDEKATKAN TALI UKHWAH SESAMA KITA, DAN SEMOGA AMAL KITA DITERIMANYA...


Tuesday, March 8, 2011

PERTANDINGAN BOWLING NISA'



UNTUK PENYERTAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI:

019-5431074 (NATASHA)

019-9835605 (DIYANA)

019-5268754 (NABILAH)

atau terus saja ke NEC seperti di alamat di atas.. he he

Terbuka untuk semua remaja dan wanita..


Jom kita main bowling.. hadiah lumayan menanti anda.. :)

Saturday, January 15, 2011

PERUBAHAN PEJABAT NISA' EDUCARE CENTRE (NEC)

DI MAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI NISA' PERLIS BAHAWA NEC TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BARU. SEMOGA DENGAN SUASANA BARU DI TEMPAT BARU INI AKAN MEMBAWA KITA KE ARAH KEBAIKAN. DIHARAP SAHABIAH-SAHABIAH SEKALIAN SUDI-SUDIKANLAH UNTUK BERKUNJUNG YE.

ALAMAT BARU NEC:

NO 6, JALAN LIMAU KASTURI, TAMAN SERI GUAR, 01000 KANGAR, PERLIS.

SEBENARNYA TAK JAUH DARI ALAMAT ASAL, MASIH LAGI BERTAPAK DI KANGAR. NEC PADA TAHUN 2011 INI JUGA MENAWARKAN PAKEJ KELAS PENGAJIAN AL-QURAN UNTUK REMAJA DAN JUGA WANITA DEWASA.


*****************************************************************************

PAKEJ 1:

KELAS AL-QURAN/QIRAATI DAN FARDHU AIN

TERBUKA UNTUK ADIK-ADIK BERUMUR 6 - 13 TAHUN

KELAS BERJALAN SETIAP ISNIN - JUMAAT JAM 6.30 PETANG - 8.00 MALAM

HARGA : RM40/SEBULAN

PAKEJ 2:

WOMEN'S QURANIC CLASS (KELAS PENGAJIAN AL-QURAN WANITA)

TERBUKA KEPADA SEMUA WANITA

KELAS BERJALAN DARI ISNIN HINGGA KHAMIS JAM 5.30 PETANG - 6.30 PETANG

TAHAP 1 - ASAS BACAAN AL-QURAN (mengenal huruf, sebutan & bacaan)
TAHAP 2 - BACAAN AL-QURAN (memperbaiki bacaan)

HARGA : RM 40/SEBULAN

**************************************************************************

KELAS PENGAJIAN INI AKAN BERMULA PADA 31 JANUARI 2011

JOM PERGI MENGAJI!


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

019-5268754 (NABILAH)
013-4204433 (SUHANA)
019-5138870 (SARA)
EMAIL : nisaeducare@gmail.com

Friday, December 10, 2010

12 AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.



Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Wednesday, December 1, 2010

Roh Harum Dan Roh Busuk

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

“Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.”

Kata Hammad : “Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.”

Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.

Kemudian Allah berfirman:
-“Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Kata Abu Hurairah selanjutnya:
-“Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya” – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

(Muslim)

Huraian:

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman.

Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:

-“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata,

-“Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.

Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.