Thursday, August 21, 2008

ROADSHOW NISA'

Salam ukhwah..

Sepanjang Ogos 2008, Nisa' Perlis mengadakan Roadshow Nisa' Perlis ke seluruh Negeri Perlis mengikut kawasan. Alhamdulillah.. sepanjang program ini Nisa' berjaya menambahkan lagi ahlinya disamping menjalankan misi dakwah iaitu peringkat awal Teen Circle. Insya Allah.. kesinambungan daripada program ini, TC akan bermula bagi bulan-bulan berikutnya.. dimana kaedah TC ini menjadi tulang belakang bagi menghidupkan ruh Islam dalam diri anak-anak muda wanita hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada Nisa' kawasan Kangar, Padang Besar, dan Arau kerana berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah Allah ini. Biar pun sedikit hasil yang kita terima dari usaha yang tekad, yakin lah bahawa Allah akan menambahnya dari masa ke semasa.. masanya akan tiba dengan syarat kita redho atas apa yang dikurniakan dan terus berusaha dan bermohon tanpa putus asa.

Terima kasih juga kepada Team Nisa' Malaysia yang memberi nafas baru kepada tenaga-tenaga muda yang bersedia berkhidmat, tanpa bimbingan kalian, kabur perjalanan, kami masih di persimpangan yang mengelirukan.. kalian hadir dengan sign board NISA' yang menjadi petunjuk kepada kami di situ ada nilai.. namun perjalanan tetap jauh.. kami akan terus berjalan hingga ke destinasi.. bersama kalian dan pimpinan.. Insya Allah..







No comments: