Alhamdulillah, pujian bagi Allah, Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahuakbar, Allah Maha Besar, Segala puji hanya bagi Allah..
Tanggal 11 April yang lalu, Nisa Perlis telah mengadakan Pertandingan Suara Nisa' (PESONA '10). Setelah sebulan lebih (maybe 2 bulan jugak) kami berletih-letihan dan bersusah payah membuat segala persiapan (yang termampu) akhirnya, PESONA menjadi realiti. Berbagai cabaran yang kami tempuhi, al-maklumlah, first time nak buat pertandingan menyanyi.. sedangkan kami yang jadi urursetia ni rata-ratanya (bahkan kesemuanya) tidak pernah masuk pertandingan menyanyi.. apetah lagi pi berkaraoke.. Huhu.. Itu adelah cobaan yang pertama.. Kesian ana tengok cik pengarah PESONA dengan Timbalannya. Ke hulu ke hilir, memikir nak memPESONAkan diri .. Hehe..
Cobaan ke2nya, mencari penaja. itu assingment ana. Waduh, mana nak cari duit ni? Ingat senang nak cetak duit kertas? Tapi alhamdulillah, berkat kerjesama (bak kate Wonderpet) daripada semua pihak, ajk terlibat, kami berjaya mengumpulkan dana yang sangat2 mencukupi untuk berprogram. Walaupon program tersebut tidaklah 'gah', tapi untuk first timer, kire oklah tu.. Lagipun, tidak kami niatkan PESONA ni menjadi ssuatu yang 'gah' melainkan kami hanya ingin menyahut cabaran arus kemodenan yang semakin menjerut leher anak-anak muda yang hatinya sangat-sangat terikat dengan hiburan. Tidak dinafikan kerna saat sekarang saja ana sendiri sedang mendengarkan alunan-alunan 'hiburan' bagi memantapkan mata ana. Ya, Allah.. tetapkan hatiku di jalanMU ini.
Bagitulah seeloknya apabila manjalankan sesuatu kerja jemaah. Saling lengkap-melengkapi dan tidak wujud sikap 'keja kau, keja kau, keja aku, keja aku'. Andai ada di kalangan AJK yang bersikap begitu, istigfarlah.. kerana anda masih blum terlewat berbuat begitu.. Insyallah..
Ape yang penting (gaya wonderpet), dan apa yang ana dapat dari program ni, Allah telah bukakan suatu laluan untuk kami, pengerak-penggerak Nisa' Perlis, untuk mendekati adik-adik dan peserta-peserta yang boleh dikatakan kebanyak dari mereka tidak pernah mengenali apa itu Nisa'. Dan alhamdulillah, kami mendapat 2 penyertaan dari Rumah Kanak-kanak Arau, suatu rumah perlindungan yang menempatkan anak-anak remaja yang bermasalah, dalam PESONA. Hebat adik-adik dari Rumah kanak-kanak Arau ni. Al-maklumla, diorg memang biasa join pertandingan-pertandingan nasyid ni.
DI sini ana sertakan beberapa gambar kenangan dari PESONA '10
Sarapan .. Roti Arab
Jemputan makan dalam bilik khas.. Menu tetap sama
Pertandingan pun bermula.
Kategori kumpulan ..
Kategori kumpulan ..
khusyuk je juri mendengar..
dan solo..
Ahli Nisa' yang setia!
Pemenang-pemenang PESONA '10 yang akan di bawa untuk bertanding dalam Konsert Aura Ungu (KAU 2010) di Selangor (tempat pertama & kedua saja)..
Ni pemenang tempat kedua ketegori solo
Ni tempat ketiga kategori solo
Pemenang tempat kedua Kategori kumpulan
Tempat ketiga, dan kumpulan yg ahlinya teramai
Itu sajalah gambar-gambar yang mampu ana upload dalam post ni. Insyallah, kalu ada kesempatan, silelah melawat Nisa' Negeri Perlis group di facebook!
No comments:
Post a Comment