Friday, April 30, 2010

Apabila hidup tidak berlandaskan syariat, beginilah jadinya..

Perkosa depan isteri

Oleh Abdullah Wahab

2010/04/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Dia baru beberapa minit menidurkan anaknya di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini, namun sebaik turut ke tingkat bawah, seorang isteri tergamam selepas melihat suaminya sedang ‘memadu asmara’ dengan seorang wanita yang juga kenalan lama dalam sebuah bilik.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu, wanita berkenaan bersama suaminya berusia 50-an serta anak mereka membeli-belah di sebuah pasar raya di Bukit Raja, Klang di sini dan bertemu seorang wanita berusia lewat 20-an, yang juga kenalan lama lelaki itu.


Pasangan itu mempelawa wanita berkenaan yang juga pegawai bank datang ke rumah mereka untuk makan malam.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata selepas menikmati makan malam, mereka minum minuman keras.


“Isteri mangsa sebelum itu turut bersama suaminya dan wanita itu minum, sebelum dia meminta diri naik ke tingkat atas menidurkan anaknya.


“Lelaki dan wanita itu terus minum dan hampir mabuk sebelum wanita itu meminta diri ke tandas,” katanya.


Noor Azam berkata, ketika wanita itu berjalan ke tandas, lelaki terbabit yang mengekorinya menolak wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.


“Selang beberapa minit, isteri lelaki itu turun dan tergamam melihat apa yang berlaku.


“Mereka bertengkar dan si isteri meminta wanita itu pulang,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu, pegawai bank terbabit membuat laporan polis mendakwa dia dirogol suami wanita itu.


Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki itu yang juga ahli perniagaan pada hari sama untuk membantu siasatan.


“Wanita itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Thursday, April 29, 2010

.: PESANAN BUAT SAHABAT :.


Ikhwah dan akhwat seperjuangan,
Berikut adalah sedikit peringatan buat renungan kita bersama. Semoga ianya dapat kita serapkan dalam diri demi membina keutuhan jiwa sbg seorang mukmin sejati.

1) Kita semua adalah para dai’ yang bekerja dengan Allah. Maka perkara pertama yang harus disedari adalah hubungan kita dengan Allah Subhanahuwataala.

2) Perkemaskan qiamullai kita kerana Allah SWT akan memberikan kehebatan kepada hamba-hambanya yang menghidupkan malam dengan beribadah.

3) Peruntukkan sedikit waktu sebelum tidur untuk munasabah diri sendiri dengan penuh keikhlasan dan sentiasalah memperbaharui taubat nasuha kita.

4) Sesungguhnya tugas sebagai dai’ mempunyai banyak dugaan dan yang demikian itu memerlukan ketabahan dan kesabaran. Sahabat perlu menghadapi kehidupan ini dgn dada yg lapang. Selesaikan setiap masalah yg dihadapi dengan akal yang sihat berpandukan syariat.

5) Kita perlu memiliki sifat syukur dan redha. Redhailah dan terimalah setiap yg telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap kita. Janganlah kita mempertikaikan pemberian Allah kepada kita tetapi selidikilah nikmat yang telah kita perolehi serta penuhkan hati kita dgn laungan kesyukuran.

6) Dalam usia remaja ini, hendaklan kita titik beratkan pendidikan rohaniyah. Pastikan jiwa ini sentiasa tenang dan lapang.

7) Luangkan waktu setiap hari untuk menatapi Al-Quran. Jadikan ia sebagai tugas rutin di dalam hidup kita kerana ianya adalah inti kpd perjuangan yg mesti kita sampaikan.

8) Perlu kita sedari bahawa kita sedang bertugas untuk menyeru manusia ke arah kebenaran dan nur hidayah Allah., kita bukan berjuang untuk satu golongan atau jamaah, tetapi perjuangan kita adalah untuk orang ramai yang berada di luar sana. Oleh itu ikhlaskan niat kita dan serapkan roh Islam kepada sesiapa sahaja walaupun kita tahu mereka bukan dari jamaah kita.

9) Cuba gunakan sebaik-baiknya peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pergaulan seharian. Kita harus tahu mengawasi diri sendiri dalam perlakuan dan perkataan yang dikeluarkan. Dakwah melalui perlakuan itu adalah ledih baik daripada seruan tanpa realisasi.

10) Bentukkan diri kita agar mudah bermesra dan didekati oleh manusia. Sentiasa tunjukkan wajah yg manis dan amalkan gurauan yg baik yg dpt merapatkan ukhuwwah

11) Contohilah ikan di laut, kemasinan air laut tidak mampu mempengaruhi rasa daging ikan. Oleh itu jangan biarkan situasi yang membentuk kita, sebaliknya kitalah yang membentuk situasi.

12) Kita merupakan guru dan contoh kepada ahli-ahli khususnya dan masyarakat umumnya. Oleh itu jagalah shaksiyyah kita di mata mereka.

13) Bersihkan diri kita dari segala sifat-sifar mazmumah dan hiasilah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah.

14) Sentiasalah berwaspada dengan musuh utama yang ada di dalam diri kita. Elakkan daripada menuruti kehendak nafsu yg diperkudakan oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan itu benar-benar berhasrat untuk melumpuhkan anak Adam terutamanya para dai’.

15) Manusia amat suka disanjungi, sifat itulah yang boleh menyuburkan rasa riak dalam hati seseorang. Oleh itu awasilah wahai sahabat sekalian, jangan anda tertipu dengan pujukan syaitan.

16) Awasilah pergaulan anda dengan sahabat yang berlainan jenis. Jangan jadikan diri anda sebagai ‘perosak’ iman saudara perjuangan anda. Sesungguhnya tiada fitnah yang lebih besar bagi lelaki kecuali wanita.

17) Jamaah kita sering diserang penyakit buruk sangka sesama ahli jamaah atau ‘orang luar’. Oleh itu cuba jauhkan sifat tersebut dari hati-hati kita kerana sifat itu boleh menyebabkan kegagalan dalam kerja dan yang pentingnya ia boleh merenggangkan hubungan kita dengan Allah SWT lalu kita akan meluncur laju menuju kehancuran.

18) Kenalilah gejala-gejala “riddah”. Pastikan diri kita bebas dan jauh daripadanya.

19) Setiap manusia itu mempunyai kelemahan masing-masing. Tutuplah kelemahan kita itu dengan rapi agar ia tidak menjadi bahan fitnah orang.

20) Perhebatkan dan beranikan diri untuk sentiasa maju kehadapan kerana pejuang yang sebenarnya akan tertonjol kehebatannyan dalam masyarakat.

21) Apabila kita berada dalam sof hadapan perjuangan dakwah, maka mata-mata dan mulut-mulut manusia semakin terliti & galak dalam melihat dan membicarakan segala kelemahan kita yang tertonjol. Maka berwaspadalah dan tangani masalah ini dengan bijaksana.

22) Bentukkan diri ini supaya suka dan ikhlas dalam memberi pandangan dan memerima nasihat.

23) Sentiasalah amalkan doa-doa Rasulullah dalam setiap gerak kerja yang bakal dilakukan. Juga amalkan sembahyang sunat 2 rakaat sebelum menghadiri mesyuarat, pemyampaian dan aktiviti-aktiviti yang difikirkan perlu kerana doa itu senjata mukmin.

24) Jadikan diri kita ini sentiasa sensitif dan peka dengan perubahan keadaan dan situasi sekeliling.

25) Jagalah diri agar tidak dipermainkan dan diperolokkan oleh manusia. Pastikan kita menghormati orang dahulu sebelum mereka menghormati kita.

26) Hadapilah pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu dan ketahuilah bahawa kejayaan kita merupakan kejayaan umat Islam. Letakkan islam di tempat yang gemilang.

27) Hargailah masa. Gunakan masa itu dengan baik. Kita perlu tahu bahawa tugas seorang mukmin itu lebih banyak dari masa yg ada. Hindarkanlah diri dari kerja-kerja yang tidak berfaedah.

28) Milikilah ilmu sebanyak-banyaknya. Tanamkan minat yang mendalam terhadap ilmu pemgetahuan.

29) Membaca adalah satu kemestian bagi kita, tetapi awas bahan bacaan yg bagaimana pilihan kita. Pastikan apa yang kita baca boleh menambahkan kefahaman kita terhadap Islam agar boleh memperkembangkan pemikiran kita.

30) Akhirnya gantunglah hati dan jiwa kita kepada Allah. Minta Allah tunjukkan jalan yang lurus buat kita lalui bersama, juga terpelihara dari kekejian dalam kehidupan dan lemah semangat dalam perjuangan.

SEMOGA ALLAH MEMPERTAUTKAN HATI-HATI KITA DALAM PERJALANAN MENCARI KETAQWAAN DAN KEREDHAANNYA.
3N
Nisa' News Network

Tuesday, April 27, 2010

REHLAH KE BUKIT WANG, JITRA BERSAMA NISA' PERLIS

Assalamualaikum wbt.

Salam ukhwah, salam mahabbah semua..

Nisa Perlis akn menganjurkan Program Rehlah ke Bukit Wang, Jitra pada bulan mei nanti. Jadi bagi sesiapa yang berminat, blehlah menyertai kami. Antara aktivitinya mandi-manda, BBQ dan beramah mesra. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan nama dengan kadar segera kepada setiausaha Nisa' Negeri Perlis, sebelum hari khamis ini. (30 April 2010). Berikut adalah butir-butir program tesebut.

Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh

Tempat : Bukit Wang, Jitra


Aktiviti2: Mandi-manda, BBQ & bermesra

Berminat?? Sila hubungi Suhanawati Jaafar (013-4204433) sebelum 30 April 2010 (Khamis).. \(' O ')/

Jom Cuti-cuti Malaysia!







KARNIVAL AURA UNGU (KAU 2010)

Nisa' Malaysia akan menganjurkan Karnival Aura Ungu 2010 bertempat di Kompleks Kebudayaan Shah Alam pada 21 dan 22 Mei 2010. Selain ekspo, Pertandingan nyanyian peringkat akhir , juga ada konsert menarik untuk anda menampilkan Aishah dan Heliza sebagai artis jemputan !!

Tempah tiket anda di http://kau2010.webnisa.net dengan hanya RM10 sahaja!!

Monday, April 26, 2010

ALHAMDULILLAH.. Kembali beroperasi..

Assalamualaikum wbt.
Bismillahiraahmanirrahim..

Segala pujian dan syukur ke hadrat Ilahi yang dengan kuasa dan kurniaNya, blog Nisa Perlis ini kembali beroperasi. Kepada sahabiah semua yang tetap setia mengunjungi blog Nisa Perlis ni, syukran jazilan atas kesudian kalian menunggu dengan setia untuk blog ni meng'update'kan dirinya sendiri.. :> hehe

Semoga paparan2 yang bakal kami sajikan buat antum dapat dikongsi bersama-sama dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Kepada pembaca semua, cadangan dan komen2 anda amatlah dialu-alukan. Sekali lagi kami di pihak 3N sendiri menyusun jari-jemari memohon kemaafan atas sebarang paparan yang kurang menyenangkan atau atas apa2 kesilapan yang tidak kami sedari. Untuk sebarang cadangan / pertanyaan apa2 saja, bolehlah diemelkan terus kepada :

1) musafirahkelana@alwahy.com
2) musafirahkelana@yahoo.com
3) eldalila@yahoo.com

atau terus hubungi kami di talian : 019-4578575 (dila)

Sekian, terima kasih!

"Berdakwah bukan sekadar melunaskan kewajipan, tetapi untuk mencari makna kehidupan"

"Apabila kita melakukan sesuatu itu kerana kita suka, walau di mana saja kita pergi, perkara itu pasti akan ikut kita"

Monday, April 12, 2010

Pertandingan Suara Nisa' Perlis (PESONA '10)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, pujian bagi Allah, Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahuakbar, Allah Maha Besar, Segala puji hanya bagi Allah..

Tanggal 11 April yang lalu, Nisa Perlis telah mengadakan Pertandingan Suara Nisa' (PESONA '10). Setelah sebulan lebih (maybe 2 bulan jugak) kami berletih-letihan dan bersusah payah membuat segala persiapan (yang termampu) akhirnya, PESONA menjadi realiti. Berbagai cabaran yang kami tempuhi, al-maklumlah, first time nak buat pertandingan menyanyi.. sedangkan kami yang jadi urursetia ni rata-ratanya (bahkan kesemuanya) tidak pernah masuk pertandingan menyanyi.. apetah lagi pi berkaraoke.. Huhu.. Itu adelah cobaan yang pertama.. Kesian ana tengok cik pengarah PESONA dengan Timbalannya. Ke hulu ke hilir, memikir nak memPESONAkan diri .. Hehe..

Cobaan ke2nya, mencari penaja. itu assingment ana. Waduh, mana nak cari duit ni? Ingat senang nak cetak duit kertas? Tapi alhamdulillah, berkat kerjesama (bak kate Wonderpet) daripada semua pihak, ajk terlibat, kami berjaya mengumpulkan dana yang sangat2 mencukupi untuk berprogram. Walaupon program tersebut tidaklah 'gah', tapi untuk first timer, kire oklah tu.. Lagipun, tidak kami niatkan PESONA ni menjadi ssuatu yang 'gah' melainkan kami hanya ingin menyahut cabaran arus kemodenan yang semakin menjerut leher anak-anak muda yang hatinya sangat-sangat terikat dengan hiburan. Tidak dinafikan kerna saat sekarang saja ana sendiri sedang mendengarkan alunan-alunan 'hiburan' bagi memantapkan mata ana. Ya, Allah.. tetapkan hatiku di jalanMU ini.

Bagitulah seeloknya apabila manjalankan sesuatu kerja jemaah. Saling lengkap-melengkapi dan tidak wujud sikap 'keja kau, keja kau, keja aku, keja aku'. Andai ada di kalangan AJK yang bersikap begitu, istigfarlah.. kerana anda masih blum terlewat berbuat begitu.. Insyallah..

Ape yang penting (gaya wonderpet), dan apa yang ana dapat dari program ni, Allah telah bukakan suatu laluan untuk kami, pengerak-penggerak Nisa' Perlis, untuk mendekati adik-adik dan peserta-peserta yang boleh dikatakan kebanyak dari mereka tidak pernah mengenali apa itu Nisa'. Dan alhamdulillah, kami mendapat 2 penyertaan dari Rumah Kanak-kanak Arau, suatu rumah perlindungan yang menempatkan anak-anak remaja yang bermasalah, dalam PESONA. Hebat adik-adik dari Rumah kanak-kanak Arau ni. Al-maklumla, diorg memang biasa join pertandingan-pertandingan nasyid ni.

DI sini ana sertakan beberapa gambar kenangan dari PESONA '10



Nisa' Corner dan kaunter jualan






Sarapan .. Roti Arab
Jemputan makan dalam bilik khas.. Menu tetap sama





Pertandingan pun bermula.
Kategori kumpulan ..


khusyuk je juri mendengar..

dan solo..







Ahli Nisa' yang setia!


Sesi tazkirah oleh Ustazah jemputan, Ustazah Seri

Pemenang-pemenang PESONA '10 yang akan di bawa untuk bertanding dalam Konsert Aura Ungu (KAU 2010) di Selangor (tempat pertama & kedua saja)..


Pemenang Kategori solo


Ni pemenang tempat kedua ketegori solo


Ni tempat ketiga kategori solo


Pemenang Tempat Pertama kategori kumpulan

Pemenang tempat kedua Kategori kumpulan



Tempat ketiga, dan kumpulan yg ahlinya teramai




Itu sajalah gambar-gambar yang mampu ana upload dalam post ni. Insyallah, kalu ada kesempatan, silelah melawat Nisa' Negeri Perlis group di facebook!