Wednesday, May 26, 2010

Rehlah Bersama Nisa' Perlis di Bukit Wang

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya dan para sahabat. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafaqkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada hari ini kita dapat menghirup udara yang segar dan mampu untuk bergerak dengan tubuh badan yang sihat.

Assalamualaikum wbt..

Pada tanggal 2 Mei 2010 yang lalu, Nisa' Negeri Perlis telah mengadakan suatu program iaitu Rehlah Bersama Nisa' Perlis bertempat di Bukit Wang, Jitra Kedah. Alhamdulillah, semua aktiviti yang di rancang pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Program yang di sertai seramai 24 orang ahli dan AJK Nisa' Negeri, pada mulanya bertujuan untuk membawa seluruh Ajk Nisa' Negeri berehat-rehat melapangkan fikiran setelah berpenat lelah selama beberapa bulan bagi menjayakan PERSONA'10, di samping merapatkan ukhwah sesama ajk. Apabila dilihat aktiviti ini mampu merapatkan jurang di antara AJK dan ahli, tercetusnya cadangan untuk membuka penyertaan aktiviti rehlah ini kepada semua ahli.

Alhamdulillah, pada awal pengiklanan rehlah memang mendapat respon yang positif dari ahli-ahli Nisa', tetapi akibat kekangan masa dan pertindihan program, tidak ramai yang dapat hadir. Walau bagaimanapun, aktiviti ini di anggap berjaya dan mencapai matlamat Nisa' Perlis.

Dalam kesibukan seharian bekerja dan menggerakkan aktiviti-aktiviti yang di jadualkan, memang tidak dinafikan, ketegangan fikiran (tension) dan kepenatan (exhausted) seringkali menjadikan gerak kerja yang dilakukan makin perlahan dan prestasi semakin menurun. Sedangkan peralatan moden dan canggih juga mampu untuk rosak teruk akibat penggunaan yang berterusan, inikan pula badan manusia yang sememangnya Allah jadikan ada had luputnya. Oleh itu, aktiviti seumpama ini adalah suatu aktiviti yang sihat di samping dapat menjadikan hubungan ukhwah yang terbentuk semakin erat.

Harapannya agar aktiviti 'relax' sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang dengan persediaan program-program dan pengisian yang lebih menarik. Tidak kurang juga tempat-tempat peranginan yang sesuai dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian ramai.

So, kepada ahli Nisa' serta AJK yang terlepas untuk bersama-sama dalam Rehlah kali ini, jangan risau, insyallah lepas ni akan diadakan lagi program-program dan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, tertarik dan sebagainya menanti kehadiran anda. Pastikan anda selalu mengunjungi blog kami! (Hehe.. eh, promote pulak!)

No comments: