Rujuk lampiran
Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya
Tarikh Keputusan:
12 Apr, 2011
Keputusan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN )
dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti
pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh
syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan
konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu
Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلالMaksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN )
dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit
amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu
pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah
melalui Maybank dan pasaran wang.
- Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
No comments:
Post a Comment