| Haluan Malaysia |
| PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. “Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi. Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata. Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup. Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia. HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu. Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah. 3N.Nisa' Perlis : Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan sahabat2 kita yang berada di sana. |
Tuesday, June 1, 2010
Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa
Wednesday, May 26, 2010
Tentang KAU'10
Persembahan dari adik2 PASTI Titiwangsa
Peserta solo Nisa' Perlis ketika sesi latihan
(memenangi tempat Ketiga)
Booth Nisa' Perlis
Rehlah Bersama Nisa' Perlis di Bukit Wang
Assalamualaikum wbt..
Pada tanggal 2 Mei 2010 yang lalu, Nisa' Negeri Perlis telah mengadakan suatu program iaitu Rehlah Bersama Nisa' Perlis bertempat di Bukit Wang, Jitra Kedah. Alhamdulillah, semua aktiviti yang di rancang pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Program yang di sertai seramai 24 orang ahli dan AJK Nisa' Negeri, pada mulanya bertujuan untuk membawa seluruh Ajk Nisa' Negeri berehat-rehat melapangkan fikiran setelah berpenat lelah selama beberapa bulan bagi menjayakan PERSONA'10, di samping merapatkan ukhwah sesama ajk. Apabila dilihat aktiviti ini mampu merapatkan jurang di antara AJK dan ahli, tercetusnya cadangan untuk membuka penyertaan aktiviti rehlah ini kepada semua ahli.
Alhamdulillah, pada awal pengiklanan rehlah memang mendapat respon yang positif dari ahli-ahli Nisa', tetapi akibat kekangan masa dan pertindihan program, tidak ramai yang dapat hadir. Walau bagaimanapun, aktiviti ini di anggap berjaya dan mencapai matlamat Nisa' Perlis.
Dalam kesibukan seharian bekerja dan menggerakkan aktiviti-aktiviti yang di jadualkan, memang tidak dinafikan, ketegangan fikiran (tension) dan kepenatan (exhausted) seringkali menjadikan gerak kerja yang dilakukan makin perlahan dan prestasi semakin menurun. Sedangkan peralatan moden dan canggih juga mampu untuk rosak teruk akibat penggunaan yang berterusan, inikan pula badan manusia yang sememangnya Allah jadikan ada had luputnya. Oleh itu, aktiviti seumpama ini adalah suatu aktiviti yang sihat di samping dapat menjadikan hubungan ukhwah yang terbentuk semakin erat.
Harapannya agar aktiviti 'relax' sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang dengan persediaan program-program dan pengisian yang lebih menarik. Tidak kurang juga tempat-tempat peranginan yang sesuai dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian ramai.
So, kepada ahli Nisa' serta AJK yang terlepas untuk bersama-sama dalam Rehlah kali ini, jangan risau, insyallah lepas ni akan diadakan lagi program-program dan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, tertarik dan sebagainya menanti kehadiran anda. Pastikan anda selalu mengunjungi blog kami! (Hehe.. eh, promote pulak!)
Tuesday, May 18, 2010
Hayati al-Quran hindari permusuhan
| Mohd Shubihi Zain |
| SUNGAI PETANI, 18 Mei: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak seluruh umat Islam untuk berusaha dan kembali menghayati al-Quran yang mampu menghindarkan masyarakat daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri. Ustaz Azizan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2010M / 1431H di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, dekat sini, malam tadi. Menurutnya, umat Islam hendaklah menghayati ajaran di dalam al-Quran dan menjadikannya sebagai budaya di dalam kehidupan yang akan menghindari masyarakat dari sifat-sifat mazmumah. "Sifat-sifat mazmumah ini adalah di antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan perbalahan, kebencian, permusuhan yang akhirnya meragut kesejahteraan masyarakat. "Al-Quran mengajar kita nilai-nilai murni sebagai seorang insan yang mulia di sisi Allah, al-Quran juga mengajar kita agar saling hormat-menghormati, dan mengajar kita mengingati tentang kehidupan di dunia dan akhirat serta ganjaran-ganjaran Allah, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya," katanya. Beliau turut menggesa umat Islam supaya menggandakan usaha yang berterusan bagi meninggikan syiar Islam serta menarik perhatian ke arah mendekatkan diri dan beramal dengan ajaran al-Quran. "Al-Quran merupakan mukjizat Allah SWT yang paling agung yang dikurniakan kepada makhluk di muka bumi ini sebagai penyuluh ke jalan yang lurus dan benar, usaha meninggikan syiar Islam dan beramal dengan ajaran al-Quran hendaklah sentiasa berterusan. "Sebagai umat Islam, usaha memartabatkan al-Quran adalah menjadi tanggungjawab kita kerana dengan membaca pun sudah dikira ibadah yang tidak terhingga nilai di sisi Allah, apatah lagi dengan menjaga dan memelihara al-Quran yang merupakan kemestian dan wajib dilaksanakan," katanya. Menurutnya lagi, umat Islam juga perlu melengkapi diri dengan sifat mulia dan membentuk peribadi tinggi dengan mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian. "Setiap orang perlulah mempraktikkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian bermula dari membuka mata iaitu ketika bangun dari tidur di waktu pagi sehinggalah menutup mata tidur di waktu malam. "Ini kerana setiap pergerakan kita yang betul dan teratur akan mendapat ganjaran pahala dan sekiranya berlaku sebaliknya akan mendapat dosa dan balasan dari Allah SWT," katanya. |
Monday, May 10, 2010
Dimana nilai kasih sayangmu Ibu
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Febuari?
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
